Satu kata tanpa makna

Assalamua'laikum buat semua pembaca, lama rasanya tak update blog. Hampir setahun laman ini seolah-olah tiada empunya. jari jemari terasa segan hendak mengukir ayat di "keyboard" laptop. Seperti hilang inspirasi untuk terus mencoret kata hati. Hari berganti hari, luka lama seperti tidak mahu berhenti mengalirkan darahnya. Harus sampai satu masa yang pasti semua yang berlalu pasti akan di lupa. Masa itu sentiasa saya nanti.

Manusia saya lihat ramai pentingkan diri. Dalam tawaduknya ada bangga diri. Dalam tunduknya ada benci dan banyak lagi yang tidak mampu nak di ungkai setiap satu. Bertopeng di sebalik agama, membuat mata-mata lain melihat baik tapi hakikatnya tidak. Fitnah di sebar tanpa gentar pada tuhan sedang mulut menasihat yang lain agar taat perintah quran. Hidup bukan hanya apa di lihat. Orentasi pandangan bukan hanya pada diri. Berkata seolah yang di kata baru lahir ke dunia.. Melihat diri sendiri lebih besar dan hebat. Sungguh, ini fenomena GANJIL. Ganjil kerana ada pepatah "semakin tunduk makin berisi" tetapi itu tidak terjadi. sepertinya semakin berisi semakin meninggi.

Letih dengan kerenah. Bosan dengan aduan. Hairan dengan tindakan. Agama jadi permainan. KENAPA? Semua ini kerana nama!!! Semua ini kerana PERHATIAN!!! Ujub dan bangga diri di biar menguasai jiwa. Coretan ini sekadar luahan. Andai terasa, jangan hanya tahu keruhnya. Ambil jernihnya. Ubah sifatnya perbaikai adabnya.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020